Otak manusia
Posted by Kamarul | Labels: Kreatif | Posted On Wednesday, November 2, 2011 at 6:05 AM
Fungsi Otak kanan dan kiri
Walaupun kelihatannya simetris secara strukturnya, tetapi kedua-keduanya mempunyai fungsi
yang berbeza. Otak kiri bertanggungjawab terhadap proses berfikir logis, berdasarkan realiti, mampu melakukan penafsiran secara abstrak, dan simbolik, cara berfikirnya sesuai untuk tugas-tugas verbal, menulis, membaca, menyemak data, fakta. Berbeza dengan cara berfkir otak kanan yang tidak begitu terikat, tidak teratur, intuitif, holistik, bersifat non verbal, ke arah perasaan dan emosi, kesedaran yang berkenaan dengan perasaan (merasakan kehadiran suatu benda atau orang), pengenalan bentuk, pola, muzik, kepekaan terhadap warna, kreativiti, visualisasi.
(Bobbi De Potter,1999, 37 – 38)
Kedua-dua belah otak penting kerana orang yang memanfaatkan kedua-dua belah otak ini cenderung seimbang dalam setiap aspek kehidupannya. Mereka yang menggunakan kedua-dua belah otak membolehkan mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih mudah kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan bahagian otak yang diperlukan mengikut keadaan yang sesuai. Emosi yang positif akan mendorong ke arah kekuatan otak bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. (Bobbi De Potter, 1999, 38)
Otak Kanan
Bahagian otak kanan dapat memproses pelbagai perkara seperti menggambar, mengarang, dan melukis. Ia kelihatan seperti aktiviti bahagian otak kiri, namun para seniman memperlihatkan aktiviti bilateral. Dalam menghasilkan karya seni, mereka mengikut logik dan peraaturan mereka sendiri tentang bentuk, warna, dan suara.
Seorang seniman dapat mengekspresikan apa pun yang mereka inginkan pada kanvas, tanah liat, kaca, metal, atau kertas. Tetapi untuk dapat diterima oleh orang ramai atau penghayat, harus ada pertimbangan aturan-aturan yang sangat spesifik (meskipun tidak tertulis) berkenaan dengan proporsionaliti, warna, keseimbangan, dan keteraturan. Otak kanan, adalah lebih kearah keteraturan holistik.
Pada 1970-an dan 80-an, muncul sebuah penekanan untuk mengajar lebih banyak kepada “para pembelajar yang cenderung dengan otak kanan”. Penelitian tentang otak masa kini memperlihatkan kepada kita, bahawa kita pada umumnya menggunakan kedua-dua bahagian otak. Meskipun demikian, penekanan terhadap otak kanan memberikan kelebihan untuk diketahi, yang membawa kepada kesedaran berlebihan terhadap kecenderungan pemrosesan lateral otak.
Apa yang dapat kita katakan tentang keterbebasan dari kongkongan adalah hal ini memang sudah pada masanya, akan ada lebih aktiviti pada satu belah otak terhadap yang lainnya. Tetapi, mengatakan bahawa muzik adalah aktiviti yang dikendalikan otak-kanan akan menjadi sesuatu yang terlalu menyederhanakan. Untuk memastikan terjadinya pembelajaran optimal, kita harus memfasilitasi aktiviti pembelajaran yang melibatkan kekuatan dari kedua-dua belah otak. Kesimpulanya, segala perkara yang kita lakukan haruslah berfokus pada pembelajaran seluruh bahagian otak. Ini adalah untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.
Post a Comment