Karya Kreatif
Posted by Kamarul | Labels: Kreatif | Posted On Wednesday, November 2, 2011 at 6:08 AM
Kreativiti pelukis juga dapat dilihat melalui lukisan di bawah..
Sekali imbas dari jauh, lukisan di atas menggambarkan seorang wanita atau mungkin juga lelaki. Sebenarnya lukisan ini adalah gabungan daripada petak-petak kecil yang setiap petaknya mempunyai wajah manusia.Watak dalam karya ini dihasilkan daripada pelbagai etnik atau kaum, ia dapat diperhatikan berdasarkan pakaian atau kostum yang dipakai.Watak dan warna yang berbeza-beza dalam setiap petak menghasilkan wajah manusia yang besar. Pengkarya bijak mengatur kedudukan lukisan petak kecil supaya bentuk dan rupa terhasil seperti yang dirancang.Walaupun karya ini jelas kelihatan petak-petak yang menghasilkan wajah manusia tetapi ia adalah karya yang kreatif yang mungkin tidak terfikir oleh kita.
Wajah orang tua....betul ke? Kalau dilihat sekali imbas, kita akan menganggap ia wajah seorang tua yang mempunyai janggut putih. Tapi, disebalik wajah seorang tua ini masih terdapat satu lagi kisah yang berbeza. Perhatikan betul-betul lukisan ini, terdapat tiga lagi watak iaitu seekor kuda putih yang ditunggang oleh seorang lelaki yang bertopi besar dan seorang lagi berselimut dengan kain di bawah sebelah kanan kuda. Sebenarnya karya ini menceritakan seorang lelaki berkuda sedang melalui pintu gerbang dan semasa melalui jalan itu, lelaki berkuda itu menjumpai seorang lelaki yang sedang tidur di tepi jalan. Daripada karya ini dapatla kita lihat kreativiti dan ilusi yang dihasilkan dalam seni visual.
Post a Comment