Posted by
Kamarul
|
Labels:
Rekod Dunia
|
Posted On Wednesday, November 2, 2011 at 4:18 PM
REKOD DUNIA: Pengawas Hutan, Mohd Razaman Omar,53 (kiri) bersama rakannya, Abdul Karim Yusoff,55 sedang mengukur lilitan 14.3 meter lebar pokok Meranti Bukit yang berusia lebih 1000 tahun dengan ketinggian 40 meter dipercayai tertua dan terbesar di dunia dan diiktiraf dalam Malaysia Book of Record pada 2007. Ia terletak di Hutan Simpan Kekal Sungai Relai, Kuala Krai sempadan Gua Musang
Posted by
Kamarul
|
Labels:
Kreatif
|
Posted On at 6:08 AM
Perhatikan gambar di atas. Apa yang anda perhatikan daripada gambar tersebut? jika dilihat lukisan ini seperti sebuah lukisan biasa sahaja. Tapi tahukah anda bahawa lukisan ini memaparkan dua idea atau perkara? sebagai contoh lukisan pemandangan di tepi pantai dan sebatang pokok di tepinya. Cuba perhatikan betul-betul lukisan pemandangan itu....Di bahagian tengan yang kelihatan kosong itu sebenarnya merupakan bentuk seorang bayi yang kedudukannya seperti dalam kandungan. Daripada sebelah kanan adalah kaki dan bahagian tengahnya adalah kepala. Apabila diperhatikan, bentuk bayi yang dapat dilihat adalah hasil daripada ranting pokok yang menjadi garisan menghasilkan bentuk. Daripada satu lukisan ini kita dapat melihat dua perkara berbeza dan ia adalah salah satu kreativiti dalam seni visual.
Kreativiti pelukis juga dapat dilihat melalui lukisan di bawah..
Sekali imbas dari jauh, lukisan di atas menggambarkan seorang wanita atau mungkin juga lelaki. Sebenarnya lukisan ini adalah gabungan daripada petak-petak kecil yang setiap petaknya mempunyai wajah manusia.Watak dalam karya ini dihasilkan daripada pelbagai etnik atau kaum, ia dapat diperhatikan berdasarkan pakaian atau kostum yang dipakai.Watak dan warna yang berbeza-beza dalam setiap petak menghasilkan wajah manusia yang besar. Pengkarya bijak mengatur kedudukan lukisan petak kecil supaya bentuk dan rupa terhasil seperti yang dirancang.Walaupun karya ini jelas kelihatan petak-petak yang menghasilkan wajah manusia tetapi ia adalah karya yang kreatif yang mungkin tidak terfikir oleh kita.
Wajah orang tua....betul ke? Kalau dilihat sekali imbas, kita akan menganggap ia wajah seorang tua yang mempunyai janggut putih. Tapi, disebalik wajah seorang tua ini masih terdapat satu lagi kisah yang berbeza. Perhatikan betul-betul lukisan ini, terdapat tiga lagi watak iaitu seekor kuda putih yang ditunggang oleh seorang lelaki yang bertopi besar dan seorang lagi berselimut dengan kain di bawah sebelah kanan kuda. Sebenarnya karya ini menceritakan seorang lelaki berkuda sedang melalui pintu gerbang dan semasa melalui jalan itu, lelaki berkuda itu menjumpai seorang lelaki yang sedang tidur di tepi jalan. Daripada karya ini dapatla kita lihat kreativiti dan ilusi yang dihasilkan dalam seni visual.
Posted by
Kamarul
|
Labels:
Kreatif
|
Posted On at 6:05 AM
Fungsi Otak kanan dan kiri
Walaupun kelihatannya simetris secara strukturnya, tetapi kedua-keduanya mempunyai fungsi
yang berbeza. Otak kiri bertanggungjawab terhadap proses berfikir logis, berdasarkan realiti, mampu melakukan penafsiran secara abstrak, dan simbolik, cara berfikirnya sesuai untuk tugas-tugas verbal, menulis, membaca, menyemak data, fakta. Berbeza dengan cara berfkir otak kanan yang tidak begitu terikat, tidak teratur, intuitif, holistik, bersifat non verbal, ke arah perasaan dan emosi, kesedaran yang berkenaan dengan perasaan (merasakan kehadiran suatu benda atau orang), pengenalan bentuk, pola, muzik, kepekaan terhadap warna, kreativiti, visualisasi.
(Bobbi De Potter,1999, 37 – 38)
Kedua-dua belah otak penting kerana orang yang memanfaatkan kedua-dua belah otak ini cenderung seimbang dalam setiap aspek kehidupannya. Mereka yang menggunakan kedua-dua belah otak membolehkan mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih mudah kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan bahagian otak yang diperlukan mengikut keadaan yang sesuai. Emosi yang positif akan mendorong ke arah kekuatan otak bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. (Bobbi De Potter, 1999, 38)
Otak Kanan
Bahagian otak kanan dapat memproses pelbagai perkara seperti menggambar, mengarang, dan melukis. Ia kelihatan seperti aktiviti bahagian otak kiri, namun para seniman memperlihatkan aktiviti bilateral. Dalam menghasilkan karya seni, mereka mengikut logik dan peraaturan mereka sendiri tentang bentuk, warna, dan suara.
Seorang seniman dapat mengekspresikan apa pun yang mereka inginkan pada kanvas, tanah liat, kaca, metal, atau kertas. Tetapi untuk dapat diterima oleh orang ramai atau penghayat, harus ada pertimbangan aturan-aturan yang sangat spesifik (meskipun tidak tertulis) berkenaan dengan proporsionaliti, warna, keseimbangan, dan keteraturan. Otak kanan, adalah lebih kearah keteraturan holistik.
Pada 1970-an dan 80-an, muncul sebuah penekanan untuk mengajar lebih banyak kepada “para pembelajar yang cenderung dengan otak kanan”. Penelitian tentang otak masa kini memperlihatkan kepada kita, bahawa kita pada umumnya menggunakan kedua-dua bahagian otak. Meskipun demikian, penekanan terhadap otak kanan memberikan kelebihan untuk diketahi, yang membawa kepada kesedaran berlebihan terhadap kecenderungan pemrosesan lateral otak.
Apa yang dapat kita katakan tentang keterbebasan dari kongkongan adalah hal ini memang sudah pada masanya, akan ada lebih aktiviti pada satu belah otak terhadap yang lainnya. Tetapi, mengatakan bahawa muzik adalah aktiviti yang dikendalikan otak-kanan akan menjadi sesuatu yang terlalu menyederhanakan. Untuk memastikan terjadinya pembelajaran optimal, kita harus memfasilitasi aktiviti pembelajaran yang melibatkan kekuatan dari kedua-dua belah otak. Kesimpulanya, segala perkara yang kita lakukan haruslah berfokus pada pembelajaran seluruh bahagian otak. Ini adalah untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.
Posted by
Kamarul
|
Labels:
Kreatif
|
Posted On at 6:04 AM
Dapatkah orang mengembangkan kreativiti? Banyak kajian telah dilakukan mengenai
konsep ini dan banyak juga jawapan yang diperolehi, bergantung kepada
latar belakang profesonal penelitinya. Setiap jawapan yang diberi berbeza
berdasar aspek-aspek tertentu.
Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep kreativiti iti sebagai;
”Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang bersangkutan....Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6)
Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu ”creare” yang membawa maksud ”membuat”, manakala daripada perkataan Greek pula ”creare” bermaksud ”memenuhi”. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.
Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Karya-karya penyelidikannya dalam mendalami bdang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.
Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual tentang kreativiti. Antaranya adalah;
a) Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
b) June King McFee pula mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.
c) Carl Rogers pula menggariskan 5 faktor di mana ianya mendorong kepada pembetulan kreativiti sama ada dalam bidang seni atau sains.
i) keterbukaan dan fleksibel kepada pengalaman
ii) menikmati kehidupan yang dialami
iii) menghargai diri sendiri
iv) mengamalkan kebebasan
v) menjadi individu yang peka dan sensitif dengan persekitaran