>TEKNIK MELUKIS

Posted by Kamarul | Labels: | Posted On Sunday, October 11, 2009 at 8:11 PM


1.Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni
   halus.
2.Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai
   cara dan bidang.
3.Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.
4.Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau
   imej yang dilukis secara teliti.
5.Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga
   spiritual.
6.Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual
   manusia.
7.Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit).
8.Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran
   manusia.

 
JENIS LUKISAN

1.Lukisan Figuratif Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia


2.Lukisan Fantasi
Lukisan imaginasi di alam nyata atau khayalan


3.Lukisan Ilustrasi
 Lukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin disampaikan kepada audiens.



4.Lukisan Kajian
Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contoh,memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.

5.Lukisan Kontour

 

6.Lukisan Gesture
  a)Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan.  
  b)Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik.
  c)Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda dan
    tangan pada objek yang dilukis.
 
7. Lukisan Teknikal
Menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar banding yang tepat.



8.Lukisan Kartun
  a) Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan watak-watak kartun
  b) Digambarkan melalui tema jenaka


Comments:

There are 0 comments for >TEKNIK MELUKIS

Post a Comment